Saturday, 28 May 2011

Yang kaya itu tidak kaya, Yang miskin itu tidak miskin

Firman Allah SWT maksudnya:
"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi  Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."
(Surah al-Hujurat, ayat 13)

Hadis riwayat dari Abu Zar r.a. Beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadaku:
"Wahai Abu Zar, apakah engkau mengira bahawa orang yang banyak hartanya itu adalah orang kaya?"


Saya berkata: "Benar wahai Rasulullah "


Baginda bersabda: "Apakah engkau juga menyangka bahawa orang yang sedikit hartanya itu adalah orang yang fakir?"


Saya berkata: "Benar wahai Rasulullah."


Baginda pun bersabda:
"Bahawa sesungguhnya yang dinamakan kaya itu adalah kaya hati dan fakir itu adalah fakir hati. Oleh itu, sesiapa kaya (merasakan cukup) dalam hatinya maka tidak akan membahayakan dirinya apa yang sedikit dari harta dunia. Sesiapa fakir (merasa kurang) dalam hatinya maka harta dunia yang banyak tidak akan mencukupi baginya. Sesungguhnya yang merosak itu adalah sifat kikir yang ada pada dirinya."


(Hadis Riwayat Ibnu Hibban dalam sahihnya)

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ 

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

(Surah Al-Hujurat 49: Ayat ke 13)

(via iluvislam)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...